Home > About Pristin > About Fish Oil > FAQs > Keselamatan gelatin Ikan
 
 
 

Keselamatan gelatin Ikan

  1. Adakah Omega-3 selamat digunakan?
  2. Apakah itu penyulingan molekul?
  3. Apakah itu OMATECHTM?
  4. Kenapakah PRISTINTM FISHGELTM menggunakan gelatin yang bersumberkan ikan?
  5. Minyak ikan mudah menjadi ransid, bukan?
  6. Apabila lihat pada label PRISTIN™ FISHGEL™, saya mendapati selain EPA dan DMA, satu gel minyak ikan juga mengandungi 3 I.U. campuran tocopherols semula jadi. Adakah apa sebab bagi perkara itu?
  7. Apakah sebenarnya kegunaan campuran tocopherols semula jadi?
  8. Bagaimanakah saya boleh tahu minyak ikan telah dioksidakan?
  9. Bagaimanakah cara untuk mengelak pengoksidaan dan kerosakan?
  10. Bolehkah Omega-3 diambil oleh semua ahli keluarga?
  11. Adakah Omega-3 mempunyai banyak kalori?
  12. Bolehkah saya mengamalkan Omega-3 minyak ikan ketika mengamalkan ubat-ubatan?
  13. Yang manakah lebih baik? Minyak ikan (Omega-3) atau minyak primrose (omega-6)?
  14. Adakah terdapat laporan-laporan klinikal yang negative tentang minyak ikan Omega-3?
  15. Apakah minyak ikan "double strength"?
  16. Apakah penjimatan dari segi kos?
  17. Apakah perbezaan di antara minyak ikan dan minyak hati ikan?
  18. Apakah nilai belian terbaik?
  19. Bagaimana pula dengan 'vegetarians'?
  20. Adakah flaxseed mempunyai kebaikan lain?
  21. Apakah perbezaan di antara Omega-3 yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan dan yang bersumberkan haiwan?

1. Adakah Omega-3 selamat digunakan?
Ya. PRISTIN™ adalah produk yang selamat digunakan. Minyak-minyak ikan didatagkan khas daripada lautan dalam di Utara Lautan Amerika. Menurut James J. gromiley di dalam bukunya - DMA: A Good Fat, daripada 22 jenama miyak ikan yang dijual di Amerika, 21 telah dicemari. PRISTIN™ menggunakan penyulingan molekul daripada bahan mentah, oleh itu ia bebas drp sisa toksin termasuk PCB (PolyChlorinated Biphenyls). Minyak ikan kami telahpun diuji oleh makmal-makmal yang telah disahkan dan terbukti bebas daripada logam berat dan toksin yang kerap kali ditemui di dalam jenama-jenama lain.

Back to top

2. Apakah itu penyulingan molekul?
Penyulingan molekul merupakan suatu process yang memisahkan minyak ikan daripada pelbagai toksin lautan dan logam-logam berat yang mempunyai jisim molekul yang berlainan. la dilakukan pada suhu yang amat rendah dengan nitrogen untuk mengelakkan pengoksidaan. Syarikat-syarikat yang bereputasi menggunakan suatu penyulingan molekul termaju yang memastikan minyak ikannya bebas daripada segala toksin yang mungkin wujud. Teknologi yang terkini seperti OMATECH™ adalah amat mahal secara perbandingan. Hanya syarikat-syarikat farmaseutikal mampu menanggung proses ini. Inilah sebab kosnya lebih tinggi untuk mendapatkan minyak ikan yang bergred farmaseutikal.

Back to top

3. Apakah itu OMATECH™?
OMATECH™ merupakan proses penyulingan molekul superior yang menyingkirkan toksin daripada minyak ikan pada tahap molekul. Teknologi terkini ini adalah lebih mahal secara perbandingan. Hanya syarikat-syarikat farmaseutikal mampu menanggung proses ini. Inilah sebab kosnya lebih tinggi untuk mendapatkan minyak ikan yang dirawat dengan penyulingan molekul atau kadang-kala dikenali sebagai minyak ikan gred farmaseutikal. OMATECH™ Penyulingan Molekul Termaju dijalankan di bawah tekanan yang teramat rendah supaya suhu yang diperlukan untuk menyulingkan bahan-bahan yang tidak baik (seperti PCB's, DOT dan dioxins) tidak akan merosakkan minyak tersebut. OMATECH™ Penyulingan Molekul Termaju memerlukan kelengkapan yang jauh lebih canggih jika dibandingan dengan penyulingan yang biasa, maka menambahkan kos yang ketara kepada produk siap.

Back to top

4. Kenapakah PRISTIN™ FISHGEL™ menggunakan gelatin yang bersumberkan ikan?
Gelatin diperolehi melalui hidrolisis kolagen, yang mana kolagen merupakan protein utama yang terdapat dalam kulit dan tulang. PRISTIN™ FISHGEL™ merupakan perintis yang menggunakan teknologi terkini gelatin bersumberkan ikan di Malaysia. Isu Halal bagi Muslim tidak timbul. PRISTIN™ FISHGEL™ juga sesuai kepada Buddhist, Hindus dan mereka yang mengambil berat tentang gelatin yang bersumberkan lembu.

Back to top

5. Minyak ikan mudah menjadi ransid, bukan?
Ya. Ini adalah suatu masalah umum bagi minyal ikan. Minyak ikan mengalami pengoksidaan yang pantas sekiranya dibiarkan terdedah kepada udara, disebabkan ikatan pasangan yang wujud pada rantai molekulnya. Kami membaluti minyak ikan dengan kapsul lembut untuk mengelakkan pengoksidaan. Kami turut memasukkan sedikit campuran tocopherols semula jadi ke dalam minyak kami untuk menindas proses pengoksidaan.

Back to top

6. Apabila lihat pada label PRISTIN™ FISHGEL™, saya mendapati selain EPA dan DMA, satu gel minyak ikan juga mengandungi 3 I.U. campuran tocopherols semula jadi. Adakah apa sebab bagi perkara itu?
Ini adalah kerana campuran tocopherols semula jadi mempunyai kuasa antioksidan, ia biasanya ditambahkan ke dalam minyak ikan PRISTIN™ untuk melindungi asid-asid lemak penting daripada gejala keransidan. PRISTIN™ FISHGEL™ mengandungi campuran tocopherols semula jadi yang berkualiti tinggi yang merupakan sumber yang lebih baik jika dibandingkan alfa tocopherols (Vit E) untuk melindungi minyak ikan daripada pengoksidaan.

Back to top

7. Apakah sebenarnya kegunaan campuran tocopherols semula jadi?
Campuran tocopherols semula jadi mempunyai kuasa anti-pengoksidaan. la membantu mengelakkan serangan radikal-radikal bebas di dalam tubuh kami, serta mengawal proses pengoksidaan di dalam minyak ikan. Pelbagai kajian telah menyeru kepada kita supaya hanya mengambil campuran tocopherols semula jadi, yang didapati kaya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Back to top

8. Bagaimanakah saya boleh tahu minyak ikan telah dioksidakan?
Bau bagi ikan yang sudah ransid ialah tanda yang nyata bagi Omega-3 minyak ikan yang telah dioksidakan. Deria-deria bau dan rasa manusia dikembangkan baik untuk memastikan bahawa kita hanya makan makanan yang segar. Jadi, anda boleh percaya pada deria-deria anda sendiri apabila berkenaan minyak ikan. Penyimpanan minyak ikan yang betul membantu memastikannya kekal terlindung terhadap persekitaran.

Back to top

9. Bagaimanakah cara untuk mengelak pengoksidaan dan kerosakan?
Simpan kapsul ditempat yang kering dan sejuk jauh daripada sinaran matahari. Kami telah membantu anda dengan menyediakan botol kaca berwarna merah bara yang berkualitii bagi penyimpanan mudah. la bukan sahaja menghalang kemasukan cahaya dan kelembapan malah meminimakan pengoksidaan. Kehadiran campuran tocopherols semula jadi juga mambantu menstabilkan minyak ikan.

Back to top

10. Bolehkah Omega-3 diambil oleh semua ahli keluarga?
Pakar-pakar nutrisi percaya bahawa Omega-3 adalah sangat penting untuk semua peringkat usia dan haruslah diambil sebagai sebahagian daripada makanan harian untuk beberapa kali dim seminggu. Asid Lemak Omega-3 adalah alternative terbaik untuk mereka yang kerap mengambil ikan atau mereka yang ingin memastikan bahawa pengambilan asid lemak poli taktepu adalah memadai.

Back to top

11. Adakah Omega-3 mempunyai banyak kalori?
Omega-3 sememangnya mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Walaupun pengambilan dos harian adalah sedikit iaitu diantara 2.4 -3.6g, hanya 9.6-13.8 kalori sahaja yang terkandung di dalamnya. Jumlah ini adalah sangat kecil dibandingkan dengan Jumlah kalori di dalam dos harian minyak ikan kod.

Back to top

12. Bolehkah saya mengamalkan Omega-3 minyak ikan ketika mengamalkan ubat-ubatan?
Ya! Minyak ikan ialah makanan. Tiada gangguan dengan ubat-ubatan doktor diperhatikan pada saranan pengamalannya. Sungguhpun terdapat pertikaian bagi pengamalan minyak ikan bersama dengan aspirin dan warfarin, namum, Emeritus Professor Dr Alexander Leaf dari Harvard Medical University telah mengesahkan bahawa pada dosej yang disaranankan, minyak ikan dibuktikan tidak menimbulkan gangguan dengan ubat-ubatan doktor. Walau bagaimanapun, kami masih menasihatkan anda untuk mendapatkan pandangan doktor anda.

Back to top.

13. Yang manakah lebih baik? Minyak ikan (Omega-3) atau minyak primrose (Omega-6)?
Minyak primrose adalah lebih diselidikkan dan didokumentasikan untuk eczema, masalah haid dan beberapa keadaan kulit. Pengambilan minyak Omega-6 yang tinggi daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak primrose menyebabkan ketidakeimbangan nisbah Omega3:6. Para penyelidik telah melaporkan bahawa corak pemakanan kini melebihkan minyak Omega-6 dan menyumbangkan peningkatan yang tidak baik kepada nisbah Omega-3:Omega-6 pada 1:20 (Kris-Etherton et.al - American Journal of Clinical Nutrition 2000;71) Omega-6 berlebihan membentuk eicosanoids siri II. Sila rujuk kepada muka surat 3 untuk mengetahui kesan Omega-6 berlebihan dalam jangkamasa panjang. Dalam situasi sebegini, minyak Omega-3 seperti minyak ikan adalah lebih baik.

Back to top

14. Adakah terdapat laporan-laporan klinikal yang negative tentang minyak ikan Omega-3?
Terdapat 2 laporan yang tidak begitu baik. Dalam kedua-dua laporan itu, penyelidik-penyelidik berkenaan menganggap bahawa kehadiran metil merkuri mungkin menimbulkan masalah. Inilah sebabnya wajib bagi minyak ikan untuk dirawat dengan penyulingan molekul yang canggih seperti OMATECH™ untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemaran dalam lautan.

Back to top

15. Apakah minyak ikan "double strength'?
Terdapat teknologi terbaru yang membolehkan pengusaha ikan untuk memastikan kepekatan rantaian panjang asid lemak seperti DHA dan EPA di samping memastikan kualiti dan ketulinan minyak ikan. Ini dipengaruhi oleh kajian terbaru yang menggalakkan pengambilan minyak ikan untuk kesan 'therapeutic'. Dengan penambahan kepekatan minyak ikan, pengambilan kapsul akan berkurangan. Ini bermakna kos juga akan berkurangan. Lagipun tiada siapa yang suka menelan kapsul yang berlebihan daripada yang disyorkan.

Back to top

16. Apakah penjimatan dari segi kos?
Untuk memastikan keberkesanan Omega-3, anda mesti mahu mencuba formula baru yg disyorkan oleh Artemis Simopoulis M.D, iaitu pengarang The Omega Plan.

  1. Tambahkan EPA dan DMA untuk setiap kapsul.
  2. Darabkan dengan jumlah kapsul di dalam botol.
  3. Bahagikan jumlah kos dengan jumlah EPA/DHA setiap botol.
  4. Ini akan memberikan anda kos setiap miligram.
Untuk mendapatkan jumlah kos setiap gram, darabkan dengan 1000.

Back to top

17. Apakah perbezaan di antara minyak ikan dan minyak hati ikan?
Perbezaan utama di antara minyak hati ikan dan minyak ikan adalah, minyak hati ikan mengandungi vitamin D yang tinggi. Di negara-negara tropika seperti negara kita, pancaran matahari lazimnya menghasilkan paras vitamin D yang mencukupi dalam tubuh. Supplemen tidak diperlukan. Pengamalan minyak hati ikan di kawasan bercuaca panas seperti Malaysia tidak digalakkan.

Secara dasarnya, terdapat 3 gred minyak ikan: (1)Minyak Hati Ikan, (2) Minyak Ikan Gred Makanan Kesihatan; dan, (3) Minyak Ikan Gred Farmaseutikal.

Faktor yang membezakan antara satu sama lain ialah KETULENAN.

Minyak Hati Ikan  Kualiti Rendah Minyak Ikan Gred Makanan Kesihatan Kualiti lebih baik  Minyak Ikan Gred Farmaseutikal Kualiti paling tinggi - dirawat secara teliti
Mungkin mengandungi PCB, dioxin atau merkuri. Mungkin mengandungi bahan -bahan pencemaran buatan manusia seperti PCB, dioxin dan merkuri. Penyulingan molekul yang sahih menyingkirkan semua bahan cemar manusia seperti PCB, dioxins dan merkuri.
Boleh menyebab-kan ketidaksele-saan perut termasuk loya.

Kandungan lemaktepu yang tinggi secara relatif.

Rasa ikan mati yang kuat disebabkan oleh ketidaktulenan.

Dosej tinggi tidak disarankan disebabkan paras vitamin A yang tinggi.
Penyulingan molekul ter-had.Kadang-kadang ada. Boleh menimbulkan ketidaksele-saan perut termasuk loya.

Kandungan lemak tepu yang tinggi secara relatif.

Rasa ikan mati yang kuat disebabkan oleh ketidaktulenan.(Kapsul lembut boleh dipecahkan untuk rasa).

Mungkin mengandungi radik-al-radikal bebas yang tidak dapat dirasai.
Jarang menimbulkan ketidak-selesaan perut.

Kandungan lemak tepu yang rendah.

Tidak memejal.

Rasa lebih baik secara relative kerana ia begitu ditulenkan.

PRISTIN™ mematuhi piawaian kawalan kualiti yang sama bagi ketulenan minyak ikan yang digunakan dalam percubaan klinikal yang berterusan, melaporkan manfaat-manfaat kesihatan yang luar biasa bagi supple-men PRISTIN™
Potensi Potensi Potensi
Satu hidangan sudu teh minyak hati ikan yang tipikal mengand-ungi SOOmg rantai panjang asid lemak Omega-3. Satu kapsul 1g minyak ikan gred makanan kesihatan yang tipikal mengandungi lebih kurang 3OOmg rantai panjang asid lemak Omega-3. Satu kapsul 1.2g PRISTIN mengandungi 660mg rantai panjang asid lemak Omega-3 dengan 3 I.U. campuran tocopherols semula jadi. la mempunyai 2 kali ganda EPA dan DHA yang terdapat dalam minyak ikan gred makanan kesihatan.

Back to top

18. Apakah nilai belian terbaik?
Minyak ikan biasanya wujud dalam kepekatan 300mg EPA dan DHA bagi setiap 1000mg gel lembut. PRISTIN™ FISHGELS™ mengandungi 660mg EPA dan DHA yang merupakan kekuatan paling tinggi di pasaran.

Mengambil 2 gel lembut yang berkepekatan SOOmg setiap gel lembut tidak bersamaan dengan mengambil 1 gel lembut yang berkepekatan 660mg kerana anda mengambil lebih banyak 'minyak lain' (minyak yang memenuhi 70% gel lembut yang selebihnya) Ini adalah penting bagi mereka yang memerlukan dos EPA/DHA yang lebih tinggi untuk tujuan terapeutik.

Kesimpulannya, pastikan anda membaca dengan teliti label pada sebarang minyak ikan yang anda beli. Terdapat pengilang yang mungkin menyenaraikan kandungan EPA/DHA yang lebih daripada 1 gel lembut. Sekiranya anda memilih sesuatu supplemen minyak ikan, pilih jenama yang mempunyai kepekatan EPA dan DHA yang lebih tinggi dalam 1 gel lembut.

Back to top

19. Bagaimana oula dengan 'vegetarians'?
Vegetarians boleh mencuba 'flaxseed'. Flaxseed membekalkan bahan-bahan mentah yang perlu untuk menghasilkan EPA dan DHA. Flaxseed mengandungi ramuan yang kaya dengan linolenic asid (LNA). Walau bagaimanapun, flaxseed memberikan kesan yang perlahan berbanding minyak ikan. Tubuh juga tidak akan dapat menukarkan LNA kepada EPA dan DHA lagi apabila ditelan usia. Oleh itu minyak ikan adalah suplimen terbaik asid lemak Omega-3.

Back to top

20. Adakah flaxseed mempunyai kebaikan lain?
Ya. Mereka kaya dengan phyto-estrogens (tumbuhan yang berasaskan ostrogen). Mereka juga kaya dengan bahan lain yg dipanggil 'lignans' yang mempunyai kesan perlindungan yang kuat. Walau bagaimanapun, anda tidak akan mendapatnya dengan mengambil minyak flaxseed. Anda mesti mengambil keseluruhan flaxseed untuk mendapat 'lignans' dan 'phyto-estrogens' ini.

Back to top

21. Apakah perbezaan di antara Omega-3 yang tumbuh-tumbuhan dan yang bersumberkan haiwan?
Pada dasarnya, Omega-3 bagi kedua-dua sumber tumbuh-tumbuhan dan haiwan ialah gumpalan molekul yang dikenali sebagai asid alfa-linolenik (LNA). LNA ini ialah suatu asid lemak rantai panjang yang berasal daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti walnuts, bijian flax, dan sayur-sayuran daun hijau. Apabila tubuh anda menyerap lemak yang mengandungi LNA, enzim akan menukarkan sebahagiannya kepada Omega-3 yang lebih panjang, lebih bersifat tidak tepu, yang dikenali sebagai EPA dan DHA. Omega-3 yang lebih baik ini adalah lebih bermanfaat kepada kesihatan anda, tetapi tubuh anda memerlukan 10 LNA untuk menghasilkan 1 EPA. Ikan pula adalah kaya dengan EPA dan DHA. Makan ikan justeru itu bermakna tubuh anda dibekalkan dengan EPA dan DHA secara langsung tanpa sebarang penukaran yang susah payah daripada LNA. Ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang paling mudah diperolehi dan paling tinggi.

Back to top